Pernah suatu ketika di kaca tv Mummy terserempak dengan slogan.." KURANGKAN GULA DALAM MAKANAN, TAMBAHKAN MANIS DALAM SENYUMAN"....Bila melihatkan krisis kekurangan gula sekarang nih...Mummy rasa ini sebagai suatu petanda yang Allah sayangkan kita...ialah, bila ada krisis sebeginilah kita baru terkial-kial mengurangkan pengambilan gula...kalau tidak, mau berkati-kati gula masuk ke dalam badan kita sekaligus merosakkan badan kita.
Tidak dinafikan makanan rakyat Malaysia memang dimewahkan dengan penggunaan gulanya...pandang sini gula..pandang sana gula..Buat kuih pakai gula..buat kuah guna jugak gula..Minum pagi air teh mesti ada gula..minuman tengahari pun ais campur gula..minum petang..nescafe tarik...pakai jugak krimer manis yang kandungan utamanya adalah gula...malam pula, hidangan makan malam, tak sah takde air panas bergula..itu tidak termasuk pencuci mulut seperti cream caramel atau sago gula melaka...GULA! GULA! GULA!
Jadi..mummy rasa, sudah tiba masanya kita beralih RASA...jom la bersama-sama Mummy mengurangkan pengambilan gula....bukan apa, ingat lima perkara sebelum lima perkara yang mana antara yang lima adalah " INGAT SIHAT SEBELUM SAKIT "....
Tadi semasa Mummy pergi membeli barang di Carrefour Wangsa Maju..Mummy terpandang seorang lelaki Cina yang kudung sebelah kaki...terdetik dalam hati.." adakah Uncle ni mangsa penyakit diabetis sehingga terpaksa memotong kakinya akibat gangrene...SubhanAllah....mungkin Allah beri peringatan kepada Mummy..so that I can share it with you here...jadi, RENUNG-RENUNGKAN...